Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, January 4, 2016

Petua Wean Off... Alhamdulillah akhirnya berhasil juga...

Sekejap je dah 4 Januari kan.. Tak terasa pun masa yang berlalu. Seronok semalam tengok kawan-kawan update facebook tentang anak-anak diorang dah baru mula sekolah. Bermacam ragam... Macam mana lah agaknya si Adam ni nanti bila dah mula sekolah. Hihihi... Lamaaa lagi si Adam tu nak sekolah. Tahun ni Adam baru 3 tahun. Pagi ni Fai nak share petua wean off yang Fai buat kat Adam setelah beberapa petua lain yang Fai buat GAGAL untuk wean off kan Adam... 

Petua ni mak angkat Fai yang bagi. Mak angkat Fai tu bidan. Sebelum ni Fai pun tak pernah dengar petua ni. Yang buat Fai nakkk sangat wean off kan si Adam ni, sebab bila dia menyusu dah semakin sakittt. Lagipun susu dah takde.... Setiap kali dia menyusu tu memang pedihhh. Fai cuba je petua ni sebab dah cuba petua lain tapi semuaaa tak jalan. Dah sapu dengan asam jawa, sapu kapur. Tapi masih nak mengempeng lagi. Tu yang Fai tak tahan... Fai nekad je buat petua yang mak angkat Fai bagi ni. 

Petua ni cuma menggunakan 2 biji telur ayam dengan nasi kepal. Tapi kena buat pada hari Jumaat sahaja, buat selama 3 Jumaat berturut - turut. 


Cara-caranya: 

1. Rebus dua biji telur ayam. Guna telur ayam biasa je.. Buang kulit dan letak di tengah - tengah pinggan. Nasi putih kepal 3 biji, disusun keliling telur.

2. Susunkan macam dalam gambar.




3. Letakkan pinggan tersebut di antara kawasan meja makan dengan dapur masak / kawasan ruang tamu dengan dapur masak. Masa nak letakkan pinggan tu baca Selawat 3 kali,

4. Bila azan Jumaat je, panggil anak tersebut makan. 




Alhamdulillah, lepas 3 Jumaat Fai buat petua ni...Adam dah tak mintak sangat. Mula-mula memang dia masih minta kagi especially nak tido. Tapi bila dia minta je...Fai cepat-cepat alihkan perhatian dia, buatkan air sirap ke.. Buatkan air milo... Genap 2 tahun 4 bulan Adam dah wean off sepenuhnya. Syukurrr... Sekarang nak tidur pun senang, baring je tepuk-tepuk sikit dah tidur. Makan pun makin banyakkk. Alhamdulillah...


Korang yang dah cuba bermacam-macam petua untuk wean off anak tu tapi tak berjaya.. Cubalah petua ni, inshaaAllah berhasil. Kalau ada yang korang tak paham macam mana nak buat, feel free to contact Fai ya. I'm more than willing to help :-)


Sharing is caring.






FAI NARDIR
Email: nnurfairuz@gmail.com




No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015