Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, January 8, 2016

Resepi Begedil Paling Senang

Resepi begedil ni Fai dapat dari Fecebook, tapi tak ingat pula apa nama tuan punya facebook tu. Maaf sangattttt.....

Petang semalam cubalah buat. PERTAMA kali ni nak buat begedil. Hihihi.. Alhamdulillah jadi, lembutttt je sebab tak letak tepung. Tapi kalau korang nak keras sikit, boleh la tambah tepung gandum.
Adam pun suka, habis 2 ketul dia makan sorang 😊😊😊 

Bahan-bahan:

Isi ayam (agak sepotong ayam)
Kentang (Fai guna 5 biji yang kecil sebab makan berdua je)
Daun sup
Garam
Telur


Cara-caranya:

1. Ayam tu direbus terlebih dahulu. Dah empuk, toskan dan siat isinya halus-halus.

2. Ketang dibuang kulit, potong bulat dan goreng dalam api yang panas. Agak-agak kentang dah bertukar warna keemasan, angkat dan toskan minyak. Biar sejuk sekejap dalam 5-10 minit kemudian tumbuk hingga lumat.

3. Campurkan isi ayam yang dah disiat dengan kentang yang dah ditumbuk, daun sup dan garam secukup rasa. Dah sebati, buatkan bentuk bulat ikut citarasa korang. Fai buat kecil je, senang sekali ngapp dalam mulut. Hihihi...

4. Panaskan minyak, tunggu dah betul-betul panas baru mula menggoreng. Celupkan begedil tadi dalam telur yang dah dipukul. Tunggu hingga betul-betul garing baru terbalikkan untuk mengelakkan begedil tu hancur.




Senang kan... Cubalah.. Makan panas-panas memang sedappp. Kalau style orang Johor, makan begedil ni dengan sup. Makan dengan mihun sup ke, soto ke.. Hihi...

Selamat mencuba! 






I'm more than willing to help,

FAI NARDIR

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015