Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Tuesday, March 8, 2016

Ayam Segar dan Ayam Kampung di Pasar Bararah, Taman Pasir Putih, Johor.

Sejak nutritionist Shaklee bagitahu ayam sekarang ni banyak disuntik dengan hormon dan antibiotik. Fai memang takut nak makan ayam biasa yang dijual di pasaraya. Beralih la kepada AYAM SEGAR yang tidak disuntik dan AYAM KAMPUNG. Ahad lepas ajak la husband pi cari. Husband bawa Fai ke PASAR BARARAH di Taman Pasir Putih. 






Sebelum ni pernah lalu je, tak singgah pun. Hihihi... Hari tu nak beli ayam kampung, tapi dah habis. Beli lah ayam biasa. Lupa pula nak tanya berapa harga sekilo. Yang Fai beli hari tu, ayam dalam 1.2 kg RM10.00... Kalau ayam kampung pula dijual RM15 sekilo. 

Waktu Operasi Pasar Bararah:
Dibuka setiap hari, jam 4.00 pagi hingga 5.00 petang


Bagi Fai, barulah rasa ayam sebenar bila makan ayam yang Fai beli kat Pasar Bararah ni. Goreng dengan kunyit basah je, tapi memang sedappp. Macam dah lama tak makan ayam pula rasanya. Hihihi. Dagingnya pejal, lemak pun sikittt je. Masa basuh ayam tu, baunya sama macam Fai basuh ayam kat kampung masa zaman sekolah dulu. Memang jauh beza lah kalau nak dibandingkan dengan ayam yang Fai selalu beli sebelum ni.

Weekend ni nak beli ayam kampung pula. Fai suka masak sup je, campur kentang sikit, makan dengan nasi panas dan sambal kicap. Memang sedappp. Hihihi... Korang selalu ayam masak apa..??







FAI NARDIR
KEY COORDINATOR JUN'16

4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Akak pun suka ayam kampung masak sup Fai..
Sedap jer menghirup supnya tu..

Akak suka juga masak kicap ayam ni..
Anak2 suka sangat..

Unknown said...

boleh tahu tak lokasi pasar bararah ni? Atau kt jalan apa? Sy tinggal di tmn nusa damai & plannya peg beli...terima kasih

Fai Nardir said...

Dari tempat memandu mega, jln terus smpai jumpa trafic light tmn pasir putih.. Kat Trafic light Terus sikit, ade simpang kiri masuk je... Terus sampai hujung, ada corner tajam belok kanan.. Lepas tu belok kiri turun bukit... Pasarnya betul2 bwh bukit tu belah kanan

workaholic mama said...

Kalau dari taman kota masai mcm ne ye ke sne?tq

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015