Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Thursday, March 3, 2016

Fenomena Gerhana Matahari 9 Mac 2016

Fai tahu tentang fenomena gerhana matahari ni daripada Facebook Ustaz Ahmad Taufiq. Terima kasih Ustaz atas info ni...

‘Gerhana Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.

Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai ‘sebaik-baik kurun’

Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.


Abu Musa ra berkata: 
Tatkala terjadi gerhana matahari di masa Nabi saw, baginda bangkit terkejut, takut terjadi kiamat. Baginda menuju masjid dan melakukan solat dengan rukuk dan sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya solat seperti itu. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Gerhana ini terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakuti hamba-hambaNya. Oleh sebab itu, bila kalian melihatnya, maka bersegeralah ingat kepadaNya, berdoa dan mohon ampunanNya. - Riwayat Muslim







Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat Gerhana ini  berdasarkan banyak hadis berkaitan gerhana. Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”


Solat Sunat Gerhana Matahari

Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.


Waktu Solat Gerhana Matahari

Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.


Ringkasan Cara Solat Sunat Kusuf

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) ini boleh dilakukan dengan 4 cara atau empat kaedah dan dalam solat ini bacaan Al-Fatihah dan surahnya dibaca dengan suara perlahan dan tidak dinyaringkan.

Secara ringkasnya Solat Gerhana / Solat Sunat Kusuf adalah seperti berikut :


1.  Cara Pertama

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) boleh dilakukan dengan cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana Solat Sunat Zuhur atau mana-mana solat sunat. Didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.


2.  Cara Ke-Dua

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara ‘ ال أدنى ‘, iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud pada setiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap Qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu) kemudian rukuk dan berdiri tegak semula (qiam kedua).

Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian rukuk semula (dipanggil rukuk kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.











No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015