Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, March 4, 2016

Protein Haiwan dengan Protein Tumbuhan.. Mana satu lebih baik??

Alhamdulillah pagi tadi Fai dapat join kelas nutrisi secara online tentang PROTEIN SOYA. Nak share sikit ilmu yang Fai dapat pagi tadi, Protein Haiwan dengan Protein Tumbuhan yang mana satu lebih baik..??

Sumber protein dari haiwan antaranya ayam, daging, tenusu, telur. Kalau korang nak tahu, sumber protein haiwan ni sebenarnya berisiko tinggi dengan bahan-bahan kimia tau.

Sebagai contoh, protein ayam. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, boleh dikatakan kesemua ayam yang dijual di pasaran telah disuntik dengan hormon pertumbuhan, hormon tambah daging dan suntikan antibiotik. Suntikan ini diberikan agar ayam tersebut CEPAT MEMBESAR dan BANYAK DAGING.  Yelah, tak payah tunggu 6 bulan dah boleh jual ayam-ayam tu semua. Cepatlah si penjual dapat untung..




BAHAYA SUNTIKAN ANTIBIOTIK pada ayam pula, antibiotik yang ada dalam dagingnya akan dimakan oleh orang yang makan dagingnya. Antibiotik yang sedikit itu boleh menganggu mikrobiota usus. Salah seorang pengidap penyakit endometriosis dapat kenalpasti sakitnya bertambah bila makan ayam. Yang dapat sakit kulit ramai yang juga alah pada ayam. 

Bukan ayam masalahnya tapi kimia dalam ayam. 

Kalau korang nak tahu, protein haiwan juga TINGGI KOLESTEROL yang boleh menyebabkan risiko penyakit jantung dan hati. 



Jom tengok apa pula Protein Tumbuhan




Jadi, pilihan untuk PENGGANTI kepada PROTEIN HAIWAN, kita boleh amik Protein Tumbuhan. Bukan sebarang tumbuhan ye, kita kena pastikan tumbuhan tersebut mengandungi amino asid yang lengkap untuk keperluan fungsi badan kita. SUMBER PROTEIN TUMBUHAN YANG TERBAIK untuk MENGGANTIKAN PROTEIN HAIWAN adalah KACANG SOYA. Amino asid di dalam kacang soya sama dengan amino asid yang terdapat dalam protein haiwan. Malah protein soya lebih baik daripada protein haiwan kerana mengandungi ISOFLAVONE. 

Kalau korang nak tahu, badan kita boleh menghasilkan 11 jenis Amino Asid dengan sendiri dan kita perlu ambil 9 jenis Amino Asid daripada keperluan diet seharian. Kalau Amino Asid ni tak lengkap dalam badan, badan kita tak dapat hasilkan apa yang diperlukan oleh protein. 



Jadi, kesimpulannya, PROTEIN DARI TUMBUHAN LEBIH SELAMAT DAN SEMULAJADI. Rendah kolestrol dan bebas lemak. Pastikan ianya juga non-gmo ye... 😊😊😊



Bila dah tahu perbandingan antara protein haiwan dengan protein tumbuhan ni, takuttttt pula nak makan protein haiwan. Yang kita makan bukan protein, lagi banyak hormon suntikan haiwan tu yang masuk dalam badan kita. Efeknya pada kita juga, bukan masa sekarang tapi 10-20 tahun akan datang. Nauzubillah... Nasib baik lah Fai memang tak berapa suka makan ayam. Lepas ni kalau nak cari pun kena cari ayam yang lebih selamat la macam ayam kampung atau ayam organik. 







FAI NARDIR
KEY COORDINATOR JUN'16
Email: nnurfairuz@gmail.com

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015