Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, April 22, 2016

Detik Kelahiran Putera ke-2, Adam Muhammad

Alhamdulillah Fai dah pun selamat melahirkan putera kedua pada 13 April bersamaan 5 Rejab, tepat jam 1.43 pagi.. Hari ni dah genap 10 hari.. Ramai yang tertunggu-tunggu kisah kelahiran kedua kami ni, kerana kelahiran kali ini tanpa sebarang luka jahitan. 

Tujuan Fai ceritakan kisah ini bukan untuk berbangga diri. Niat Fai semoga ianya boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan.

Sejak dari awal pregnant yang kedua ni lagi Fai memang dah rancang nak berpantang sendiri, sebab kesian kat husband tinggal sorang kat rumah. Lagi satu, Fai sebenarnya jelessss dengan sideline Fai, Kak Izzati sebab beliau bersalin takde luka. Hihihi... Setiap kali lepas solat, Fai doa dimudahkan bersalin, tak kena jahit, baby sempurna sifat. Memang tu je doa yang Fai ulang-ulang. Setiap kali lepas solat hajat, solat tahajud, Fai ulang doa yang sama.

Pregnant kali ni juga Fai lebih banyak mengaji. Dapat la baca surah yunus, surah luqman dan surah maryam beberapa kali. Masa Adam dulu tak dapat baca habis pun surah-surah tu semua :-(


12 April 2016

5.50 pagi Fai tersedar. Bangun nak ke toilet ada tanda lendir bercampur darah. Tapi Fai masih relaks lagi sebab takde tanda contraction. Bagitahu ibu dengan adik, minta tolong diorang datang untuk jaga Abang Adam. Pagi tu husband hantar check up di Klinik Kesihatan Masai. Check up untuk 39 minggu. Sebelum ke kk, Fai sempat bancuh 5 sudu esp dan minum dulu. Masa tengah tunggu giliran, rasa lah juga beberapa kali contraction tapi masih tak konsisten. Sempat la habiskan Surah Maryam. Niat dipermudahkan bersalin, semuanya berjalan lancar. Bila dah sampai giliran, bagitahu kat nurse ada tanda darah. Nurse check, jalan dah buka 2cm. Katanya dah rasa kepala baby kat bawah. Nurse suruh cepat-cepat ke hospital. 

Balik dari kk masai, singgah makan dulu kat Selera Kampung,Tesco Seri Alam. Sempat lagi layankan Abang Adam beli bola. Hihi..

Pukul 2.00pm sampai rumah, masih takde rasa contraction lagi. Lepas Zohor, Fai buat solat sunat taubat. Doa, minta ampun dengan Allah. Yelah, bersalin ni salah satu cara Allah nak hapuskan dosa kita. Bukan senang nak luruh dosa, diberinya kita kesakitan yang maha dahsyattt sebelum diluruhkan semua dosa-dosa kita.

Dah lepas Asar masih takde contraction lagi. Ajak husband ke tesco, tekak teringin nak minum air sedap. Air kotak aloe vera je pun.. Hihihi.. Adik yang turun, Fai tunggu kat kereta je. Masa tu dah mula rasa contraction setiap 10 minit. Rasa perut mengeras, tahan sakit sampai berpeluh-peluh. Call adik nombor dua minta dia ke rumah sekarang untuk hantar Fai ke HSA. 

Sementara tunggu adik sampai, Fai sempat lagi bancuh 5 sudu esp dan minum.. Makan kurma ajwa, husband belikan balik daripada kk. Sebelum ke hospital, Fai minta maaf dengan husband, minta ampun salah silap. Cium tangan, peluk dia. Kot2 tu lah kali terakhir Fai dapat jumpa dia. 

Masa dalam kereta orw ke hospital, Adam dah ngantuk sangat. Dia baring dan terus tertido kat peha Fai. Masa ni Allah je yang tahu apa Fai rasa. Sedihhhhh nak tinggalkan dia. Sedihhhhh nak berpisah dengan dia. Dah sampai HSA, Adam masih tido lagi. Sebelum turun, Fai cium dia. Bisik kat telinga minta dia doakan ibunya senang bersalin. 



Sempat snap gambar Adam masa on the way ke hospital



Berdebar juga sebab tak pernah bersalin kat HSA ni. Bagi buku kat nurse, bila nurse panggil nama, Fai pun bagitahu ada keluar tanda lendir darah. Nurse minta tukar kain batik. Pukul 7 masuk bilik saringan. Nurse pasang alat kat perut untuk monitor baby. Layanan nurse baik sangat. Nampak sangat profesional. Mungkin nurse lama. Alhamdulillah doktor perempuan yang incharge kes Fai. Banyak juga lah soalan yang dia tanya. Pukul 8, doktor pegi makan jap. Fai tunggu dalam bilik saringan tu sampai tertido-tido. Sepanjang dalam bilik tu, bibir tak lekang baca zikir nabi yunus untuk dimudahkan bersalin. 



Ihsan google



Masa tengah tunggu doktor memang ada rasa contraction, tapi tak pasti berapa kerap sebab tak pakai jam. Dalam pukul 10, doktor check jalan. Baru buka 3cm. Doktor perempuan yang incharge Fai tu suruh keluar dulu sebab dia nak minta pendapat doktor senior samada nak pecahkan air ketuban malam tu atau tak. Masa tunperut dah berkeroncong, cakap dengan doktor nak pergi makan dulu boleh tak. Hehe..

Ajak husband turun bawah pergi makan. Masa tu dah pukul 11. Yang ada cuma pau dengan roti je. Beli pau kacang dengan pau daging, dan air kotak yogurt. Makan pau kacang, minum air kotak yogurt je dah kenyang. Naik atas dalam 11.30, doktor panggil masuk. Ingatkan kenapa, rupanya sebab nak pecahkan air ketuban. Lepas doktor pecahkan air ketuban, nurse suruh tukar baju untuk masuk labor room. Masa tu dah mula berdebar-debar. Nurse panggil husband untuk daftar masuk. Lepas tu dia sorong Fai ke labor room. 

Labor room HSA ni keadaan katilnya macam kita tengah duduk. Naik atas katil, tunggu husband masuk. Masa tu masih takde rasa contraction yang kuat. Sikit-sikit je. Dua orang doktor masuk, doktor cina lelaki dan perempuan. Diorang bincang, dan decide untuk induce Fai sebab contraction terlalu perlahan. Bahaya untuk baby. Dengar je induce, Fai dah mula takut.. Staff nurse offer nak cucuk tahan sakit kat punggung. Mulanya Fai tak nak, tapi husband suruh je ambil. Katanya nanti kalau sakit lagi susah. So, panggil nurse untuk cucuk tahan sakit. Lepas tu baru nurse on induce. Masa ni lebih kurang pukul 12.00..


13 April 2016
 
Induce memang sakit. Bila contraction datang, Fai genggam kuat-kuat jari husband. Allah... Tu je yang mampu keluar dari mulut. Bila dah reda sikit, siap boleh cakap dengan husband lepas ni nak rest lama sikit... Masa ni jam pun tak sempat tengok. Lepas beberapa kali rasa contraction yang kuat, Fai dah mula rasa nak meneran. 3 orang staff nurse masuk. Dua melayu dan sorang india. Terus je bagitahu nurse yang Fai rasa nak meneran. Nurse seluk tangan, dia cakap dah boleh teran. Sambil Fai teran, nurse tolong bukakan jalan untuk kepala baby keluar. Alhamdulillah tepat 1.43 pagi, keluar lah putera kedua Adam Muhammad. Nampak je baby keluar, Fai terus tanya nurse.. "Saya takde koyak ke nurse?" Nurse cakap "nanti saya check dulu. Kalau ade koyak awak kena jahit tau.." Nurse baringkan Muhammad atas dada Fai. Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas anugerahMu. Lepas tu Fai dah mula mamai, kesan ubat bius. Lepas nurse gunting tali pusat, husband pun keluar untuk urusan masuk wad. Alhamdulillah uri pun senang keluar. Dah selesai semua, nurse pun bagitahu AWAK TAKDE LUKA.. Alhamdulillah, syukurrr Ya Allah... Rasa macam nak buat sujud syukur je masa tu. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... 

Walaupun banyak dosa yang dilakukan, tetapi Dia tetap makbulkan doa hambaNya yang terlalu kerdil ni.. Ya Allah, terima kasih ya allah. Bibir Fai tak lekang ucapkan syukurrr... 
.
.
.
Fai ni bukan alim sangat. Tapi apa yang Fai boleh simpulkan..
 
Percayalah dengan kuasa doa. Doa minta sungguh-sungguh denganNya. 
Banyakkan solat taubat, solat hajat, solat tahajud. Tiada siapa yang dapat menghalang kuasa Dia.. 
Minta ampun dengan suami, sebab syurga isteri di bawah tapak kaki suami. 
Minta suami doakan sebab doa suami tiada hijab di sisi Allah.
Supplement pun amat membantu, sebab pregnant kali ni Fai memang banyak overdose vitamin. Esp Fai mula konsisten minum sejak pregnant 7 bulan, sebab masa tu asyik sakit pinggang je dan cepat penat. Sehari Fai minum 4-6 sudu esp. Vitalea Fai makan 6biji sehari. Vitamin C Fai makan 4-6 biji sehari, Ostematrix 5-6 biji sehari, Omegaguard 2 biji sehari. Tak koyak, kemungkinan besar sebab ESP, Vitamin C  dan Ostematrix Fai ambil high dose, sebab tiga vitamin ni ada kaitan dengan muscle... 

Masa pregnantkan Adam dulu, Fai langsung tak ambil ESP. Dah bersalin baru minum ESP... Memang menyesal masa Adam dulu tak minum ESP. Tapi nak menyesal sekarang pun dah tak guna.. :-)






Anugerah terindah, Adam Hussin dan Adam Muhammad


Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Fai senang bersalin, tiada luka jahitan dan boleh berpantang sendiri. Terima Kasih Ya Allah atas segalanya...







FAI NARDIR
SENIOR COORDINATOR JUN'16
Email: nnurfairuz@gmail.com

3 comments:

babYpose said...

Alhamdulillah, sedap nama Adam Muhammad, bestkan bau baby..

Mar Mansor said...

ke HSA juga..sama la akak..
tahniah fai

Norhaslin Hashim said...

bestnya..inspirasi ni..

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015