Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Thursday, July 28, 2016

Happy Birthday Adam Hussin

Throwback Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Majlis Sambutan Hari Lahir Adam Hussin yg dibuat di kampung minggu lepas.. Ni semua idea Tok Dad, Nanny dengan Umi dia lah. Kebetulan 23 Julai tu Tok Dad nak buat open house, tu yang sambut besday Adam sekali. Kira sambut awal sehari la sebab besday Adam sepatutnya 24 Julai. Hihi... 


Meriahhh sangat.. Walaupun decoration simple je, tapi ni lah PERTAMA KALI sambut besday Adam ramai-ramai, semua ada pulak tu.. Tengkiu semuaaa...!!! Tahun-tahun lepas, kitorang sambung ber4 je dengan arwah mama. Just potong kek dengan tiup lilin je.. Tapi tetap meriahhh.. Cuma tahun ni terlebih meriah sebab ada Muhammad. hihihi...


Jom layan gambar.. 


Tok Dad sponsor kek ni.. sedappp tau... 


Birthday Boy, sekejap je dah 3 tahun..


Suka Adam dapat tiup lilin...












Cantikkk gambar ni.. tq mami amikkan gambar candid Adam


Complete..!! Tq semua...



Sekejap je Adam dah 3 tahun. Kenangan mengandung dan bersalinkan Adam, ibu takkan lupa sampai bila-bila. Ianya akan tetap menjadi kenangan terindah buat ibu dan papa. Ibu dengan papa doakan Adam membesar dengan sihat, menjadi anak soleh yg boleh bahagiakan ibu dengan papa di dunia dan akhirat.

Sampai bila-bila pun Adam tetp akan jadi "baby" ibu tau...

Semoga suatu hari nanti, semua gambar yg ibu kongsikan di sini menjadi kenangan manis buat Adam. Mahalnya kenangan ini kerana ianya tidak akan berulang lagi...



Adam Hussin, Adam Muhammad, kalian berdua adalah anugerah terindah buat ibu dan papa..







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi:

Fai Nardir
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com



1 comment:

wahida said...

hepi beday adam!
semoga jadi anak kebanggaan keluarga ye sayang...

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015