Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, May 22, 2017

Resepi Ayam Goreng Oat sedap

Sabtu ni inshaaAllah kita semua akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Ada ibu-ibu yang dah mula mencari koleksi resepi untuk juadah bersahur dan berbuka. Meh cuba resepi ayam goreng oat ni. InshaaAllah anak-anak mesti suka.. si Adam memang suka ayam goreng oat ni. Dua ketul ayam peha ni, dia makan sorang. Hehe...


Bahan-bahan:

Ayam
Oat
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Tepung gandum



 

Oat dua sudu makan



 

Campurkan dengan kunyit, garam dan tepung gandum



 

Campur sedikit air agak-agak tepung boleh melekat dengan ayam



 

Ni rupa ayam yang dah siap goreng..


Cubalah, inshaaAllah menepati selera anak-anak anda.. 




Sunday, May 21, 2017

Kenangan National Conference Shaklee 2014/15

Kenangan bergambar bersama Ketua Saintis Shaklee, Dr Bruce Daggy semasa Shaklee National Conference 2014/15


 



Sedikit info tentang beliau:

Bruce has a Ph.D. in Nutritional Biochemistry from Cornell University and a B.A. in Biology from University of Virginia. 

He has authored 80 publications and abstracts and has developed 13 patents in his name.

He serves as Adjunct Professor and Advisory Board Member within the Nutrition, Food, and Exercise Sciences Department of Florida State University.

He is a member of the American Society for Nutrition and of The Obesity Society, and has been an active volunteer with the American Diabetes Association’s Greater Philadelphia Community Board and its Education and Advocacy Committee



Sebab tu Fai bangga jadi Shaklee Independent Distributor ni. Sebab Shaklee ada pakar saintis yang akan menyelidik setiap bahan² yang digunakan dan ada pakar yang akan memastikan kualiti setiap bahan itu terjamin


Tuesday, May 16, 2017

Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru
Cikgu dicaci org xbising...
Cikgu dihina org xbising....
Cikgu diherdik org xbising...
Cikgu dipukul org xbising..
Cikgu disaman org xbising....
Niat Cikgu sering disalah ertikan...
Cikgu korban duit utk murid org xpandang....
Cikgu korban masa utk murid org xpandang...
Cikgu korban tenaga utk murid org xpandang...
Cikgu korban rasa untuk murid org xpandang....
Cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga utk murid orang xpandang....
Cikgu buat segala kebaikan utk murid orang xpandang....
Pengorbanan Cikgu  orang xpandang....
Niat Cikgu sering di salah ertikan.....

Di sekolah ;
Cikgu sentiasa ingatkan murid supaya sentiasa menghormati ibu bapa...
Sentiasa mengenang jasa ibu bapa....
Sentiasa menyayangi ibu bapa....
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa...
Jangan biadab dengan ibu bapa....
Jangan melawan ibu bapa...
Jangan derhaka pada ibu bapa...

Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati Cikgu.....
Supaya mengenang jasa Cikgu...
Supaya menyayangi Cikgu...
Supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu...
Supaya tidak biadap dgn Cikgu...
Supaya tidak melawan Cikgu...
Supaya tidak derhaka pada Cikgu....

Gaji Cikgu yg sering diungkit...
Hadiah utk Cikgu yg sering diungkit...
Cuti Cikgu yg sering diungkit....

Seorang dua Cikgu  yg buat silap,
Semua Cikgu kena kutuk...
Seorang dua Cikgu  yang buat salah,
Semua Cikgu kena hina...
Cikgu pun manusia biasa....

Orang yg bukan Cikgu ;
Tidak pernah memahami perasaan Cikgu....
Tidak pernah memahami hati Cikgu...

Orang xtahu...
bila tiba hari kejohanan sukan,
Cikgu kumpul duit utk tampung beli makanan murid....
Bila tiba hari anugerah kecemerlangan Cikgu kumpul duit utk tampung beli hadiah utk murid cemerlang....
Bila dekat hari raya Cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang xtahu,
ada Cikgu yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen drp seorg murid yg miskin...
Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yg bernilai 50 sen drp seorg murid yg miskin..
Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang drp pelajar yg miskin...
Orang x tahu....

Cikgu dikata kejar nama....
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu dikata kejar glamour....

Wahai Cikgu...
Biarkan apa org nak kata...
Biarkan apa org nak cerca...
Biarkan apa org nak nista...
Biarkan apa org nak hina...

Bukan pujian yg Cikgu pinta...
Bukan sanjungan yg Cikgu damba....
Bukan darjat yg Cikgu puja..
Bukan hadiah yg Cikgu paksa...

Serahlah saja pada yg Esa..
Sekali Cikgu, selamanya Cikgu..

Kepada sahabat2ku yg bergelar CIKGU...
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih CIKGU...




Teristimewa untuk 3 orang insan di bawah ini.. Selamat Hari Guru buat ayah, ibu dan juga adik Fai...





















Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi:
Fai Nardir
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Saturday, May 13, 2017

Megadose Vitamin? Tak bahaya ke telan berpuluh-puluh biji vitamin setiap hari?

MEGADOSE VITAMIN. Jika anda seorang yang menghargai nilai kesihatan di usia "Asar" dan percaya PENCEGAHAN lebih baik dari merawat. Inilah sebahagian dari supplement semulajadi yang saya amalkan sejak 27 tahun yang lalu.

Perkongsian daripada ayahanda Hj Roslan, beliau sudah lebih 27 tahun dengan Shaklee dan sampai sekarang masih amalkan MEGADOSE VITAMIN SHAKLEE untuk kesihatan yang Optimum...
 




 
Tak bahaya ke telan berpuluh-puluh biji vitamin setiap hari?
Banyaknya?
Tak overdose ke?
Tak rosak buah pinggang ke?

Jawapannye mudah
Tengok je saya dan beribu lagi SID yang amik Shaklee secara "mega dose"

Kesihatan mereka semakin sihat. Tiada kes buah pinggang rosak. Sejak lebih 60 tahun di pasaran global tiada SATU kes pun wujud

Mungkin ia benar bagi supplement yang tidak natural dan tidak diuji secara klinikal

Bukti sains telah pun ada. Bagi yang masih sangsi, boleh rujuk pada Landmark Study yang di lakukan oleh Burkeley University



Hadiahkan shaklee kepada orang yang anda kasihi sebelum terlewat

HEALTH is WEALTH







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi:
Fai Nardir
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Friday, May 12, 2017

Kenapa ramaiii yang cari Performance Drink bila nak puasa?

Lebih kurang 2 minggu lagi kita semua bakal menyambut Ramadhan Al Mubarak. Kebetulan pula waktu tu, anak-anak akan bercuti sekolah selama seminggu. Pastinya cabaran besar untuk ibu-ibu, melatih anak-anak yang baru mula berpuasa. Dengan keadaan cuaca terik sekarang ni, anak-anak mesti tak tahan nak tunggu sampai waktu berbuka dan minta untuk berbuka awal. Bukan anak-anak je.. Mak anak dengan bapak anak pun boleh keletihan tau. Hihi.. Panasss terik sampai merecikkk peluk dibuatnya. Duduk dalam rumah pun boleh berpeluh-peluh badan. Agak-agaknya kenapa ye, ramaiii yang cari Performance Drink bila nak puasa?






Kenapa ramaiii yang cari Performance Drink bila nak puasa?

Majoriti customer Fai beli Performance Drink ni untuk lebih TAHAN BERPUASA. Kata mereka, bila bersahur dengan Performance Drink ni.. waktu siang KURANG RASA HAUS, 
TIDAK MUDAH RASA LETIH, dan untuk yang jenis kerja teruk, Performance Drink memang sangat-sangat membantu untuk mereka kekal cergas sampai ke petang.. 

Ibu-ibu HAMIL pula, rasa lebih bertenaga berpuasa dengan Performance Drink ini..

Ibu-ibu MENYUSU pula, tidak risau kemeruduman penghasilan susu dengan adanya Performance Drink ini.. 

Untuk anak-anak yang baru nak belajar berpuasa, bagus bancuhkan untuk mereka Performance Drink ni ketika sahur. InshaaAllah anak-anak tidak akan merengek minta berbuka, sebab rasa cergas je dan tak mudah letih..




Apa kandungan yang ada dalam Performance Drink yang menyebabkan mereka rasa macam tu?


Formula unik dalam Performance Drink

 
Opti-Lyte adalah campuran saintifik elektrolit untuk menyokong tahap penghidratan optimum. Ia terbukti secara klinikal untuk penghidratan yang lebih baik daripada air dan mempunyai lebih banyak elektrolit dari jenama yang terkemuka.

Formula khas Opti-Lyte ini juga digabungkan dengan gabungan karbohidrat unik untuk memberikan tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.

Gabungan karbohidrat yang dimaksudkan (dulu dikenali sebagai formula OptiCarb), termasuk glukosa, fruktosa dan maltodekstrin. Glukosa dan fruktosa adalah karbohidrat ringkas untuk penyerapan yang cepat. Maltodekstrin adalah karbohidrat yang lebih kompleks yang direka untuk memanjangkan penyerapan untuk membantu mengekalkan tenaga dan daya tahan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Sebab tu lah majoriti customer yang ambil Performance Drink kurang rasa haus, dan bertenaga. Sebab formula khas Opti-Lyte dan gabungan karbohidrat yang ada dalam Performance Drink ni.


Kalau anda nak tahu, 3 sudu besar Performance Drink, cuma bekalkan 11g gula je tau. Iaitu gula karbohidrat dalam bentuk sorbitol. Iaitu gula semulajadi dalam buah-buahan. Gula dalam bentuk sorbitol ni, tak bagi effect pada blood sugar, dan ianya berfungsi untuk seimbangkan rasa masam dalam Performance Drink.



Siapa yang sesuai ambil Performance Drink ketika berpuasa?

1. Ibu Hamil
2. Ibu Menyusu
3. Kanak-kanak
4. Lelaki dan wanita
5. Warga emas
6. Atlit


Sebenarnya Performance Drink ni bukan untuk puasa je, hari biasa pun bagusss minum untuk kekalkan bendalir dalam badan terutamanya anda yang TIDAK SUKA MINUM AIR MASAK.


Performance Drink ni sedappppp tau. Rasa natural orange.. Fai biasanya, lepas Asar tu dah bancuh siap-siap 1 sudu besar Performance Drink dalam 500ml air, simpan dalam shaker. Lepas tu letak kat bahagian freezer. Hihi.. Dah nak berbuka, keluarkan dari peti ais. Nikmatttnya rasa berbuka dengan Performance Drink sejukkkk ni. Nyaman tekakkk... InshaaAllah lepas berbuka tu, takde nak rasa lemau ke apa. Cergas je nak terawikh...


Anda wajib cuba Performance Drink Shaklee untuk Ramadhan kali ini..
Setin, 539g, cuma RM86.25 sahaja untuk seisi keluarga.. (>___<)







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi: 
Fai Nardir 
Hp: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com


Thursday, May 11, 2017

Nisfu Syaaban, fadhilat dan amalannya..

Sekejap je kita dah sampai ke pertengahan Syaaban.. Esok 13 Mei, Jumaat, bersamaan dengan 15 Syaaban. Bermakna malam ini adalah MALAM NISFU SYAABAN. Di mana pada hari tersebut buku amalan kita akan ditutup dan malamnya akan dibuka buku amalan yang baru.. 


 


Apakah kelebihan malam nisfu sya’ban?

Banyak kelebihan malam nisfu sya’ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
 


Kelebihan malam Nisfu Sya’ban

 
1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

 
2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda Rasulullahu SAW maksudnya:

pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan rahmatNyA dan para malaikatNya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar diserahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail, urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril, urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

 
3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:

Malam nisfu sya’ban aku terbangun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya


4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:

Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.

Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.

Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ”tahukah kamu malam apakah ini?”

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.
 
5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
 
Sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

 
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:

Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.

Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.


7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

 

 
Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
 
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…





Semoga kita sama-sama dapat mengimarahkan malam Nisfu Syaaban pada malam ini..







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk Shaklee boleh hubungi:
Fai Nardir
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015